MAC 2025

Premier Sarawak Ketuai Takbir Hari Raya


PREMIER SARAWAK 

KETUAI TAKBIR HARI RAYA

Kuching: 30 Mac 2025(Ahad)

Yang Amat Berhormat, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, mengetuai Majlis Takbir Hari Raya Aidilfitri 2025, di kediaman rasmi beliau, di Sri Minangkabau II, Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub, Petra Jaya, Kuching.

Majlis Takbir Hari Raya Aidilfitri dimulakan selepas  Sholat Isyak berjemaah yang di Imamkan oleh Ustaz Haji Syed Abdul Aziz Bin Wan Yusuf, dari Jabatan Agama Islam Sarawak.

Selepas tamat majlis Takbir, Premier sempat merakam foto kenangan bersama- sama dengan Ahli- ahli Jemaah yang hadir pada malam tersebut dan seterusnya menikmati jamuan ringgan sebelum majlis selesai.

Hadir sama semasa dimajlis itu, YBhg. Dato Sri Muhammad Abdullah Bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, YBhg. Datuk Haji Khir Bin Haji Busrah, Setiausaha Sulit Kanan Kepada, YAB Premier, YBrs. Encik Ahmad Hazlan Bin Ismawi, Setiauasaha Sulit kepada, YAB Premier serta Staff- staff Pejabat Premier dan sebahagian daripada penduduk setempat.

Tamat.